About Us

DuniALensaku merupakan satu kumpulan / pasukan komited dan mempunyai minat yang mendalam di dalam bidang fotografi. Bermula secara sambil - sambilan (part-time) untuk menambah ilmu di samping menerima tunjuk ajar daripada sifu - sifu fotografi sebelum ini.  Kini, kami merupakan  fotografer sepenuh masa memandangkan komitmen yang diperlukan

Pada peringkat awal, DuniALensaku lebih memfokuskan kepada "outing berkumpulan" yang merupakan medan permainan fotografi yang mencabar memandangkan tempat / lokasi outing adalah berlainan setiap kali keluar.  Ianya sungguh mengujakan kami! Kami sangat sukakan suasana alam semulajadi yang berlatar - belakangkan hutan belantara, air terjun, sungai - sungai, kawasan tanah tinggi, pulau-pulau dan banyak lagi, menjadikan setiap sesi merupakan outdoor shooting yang sungguh menyeronokkan.

DuniALensaku juga telah mendapat kepercayaan oleh pihak - pihak syarikat untuk mengambil gambar bagi acara rasmi, lawatan - lawatan rasmi tapak dan sebagainya. Pada awal tahun 2010, DuniALensaku telah mula mendapat tempahan untuk mengambil gambar bagi majlis - majlis perkahwinan, pertunangan dan seumpamanya secara serius. Ini menambahkan lagi portfolio fotografi DuniAlensaku.